TEKNIK PENGIMEJAN DIGITAL ANAK BULAN MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH

Digital Imaging Technique of The Young Crescent Moon from The Perspectives of Shariah

Authors

Abstract

Aplikasi teknik pengimejan digital yang digunakan dalam aktiviti cerapan anak bulan dapat mengesan kenampakan anak bulan dengan lebih pantas sejurus selepas matahari terbenam. Perkembangan teknologi pengimejan membolehkan lengkungan halus anak bulan yang malap dan tipis dapat dirakamkan secara digital semasa cerapan dilakukan. Namun begitu, timbul permasalahan berkaitan penyaksian anak bulan yang tidak dapat dilihat secara fizikal menggunakan mata kasar tetapi dapat dikesan menggunakan aplikasi teknik pengimejan digital. Oleh yang demikian, makalah ini adalah bertujuan menilai penerimaan alat bantuan optik dalam cerapan anak bulan dan apakah kamera digital termasuk dalam alat bantuan optik yang boleh digunakan dalam mengisbatkan kenampakan anak bulan. Selanjutnya, pengkaji akan membuat analisis perbandingan pandangan yang menerima dan menolak aplikasi teknik pengimejan digital dalam pengisbatan anak bulan menerusi lensa Syariah. Justeru, kertas kerja ini akan akan menyoroti perbincangan fuqaha berdasarkan kitab fiqh muktabar dan fatwa semasa terhadap penggunaan alat bantuan optik dan teknik pengimejan digital dalam mengisbatkan kenampakan anak bulan. Kajian ini mendapati bahawa ru’yah dengan alat bantuan optik dan teknik pengimejan digital ini juga dianggap sebagai ru’yah Syariah kerana pada hakikatnya masih menggunakan mata kasar tetapi melalui perantaraan alat bantuan optik dan kamera digital. Penggunaan alat pengimejan digital adalah harus selagi tidak bertentangan dengan syarak. Secara konklusinya, penggunaan teknologi pengimejan digital bertindak sebagai wasilah untuk membolehkan anak bulan kelihatan disebabkan oleh faktor keterbatasan mata, kontras kenampakan anak bulan yang rendah, masalah serakan dan keadaan langit yang berawan.

References

Ahmad, N., Mohamad, N. I. N., Wahab, R. A., Nawawi, M. S. A. M., Zainuddin, M. Z., & Mohamed, I, Analysis Data of the 22 Years of Observations on the Young Crescent Moon at Telok Kemang Observatory in Relation to the Imkanur Rukyah Criteria 1995, Sains Malaysiana 51/10 (2022):3415-3422. https://doi.org/10.17576/jsm-2022-5110-24

Aiman Muhammad ‘Umar, Al-Mustajidad fi Wasāil al-Ithbāt, (Tesis kedoktoran, Universiti Jordan, 2002).

Ibnu Hajar al-Haitami, Tuhfah al-Muhtāj Syarh al-Minhāj. (Kaherah: Dār al- ḥadīth, 2016), Kitab al-Siyam, jil 1, ms. 610.

Kristiane, D, Penggunaan Teleskop untuk Rukyat al Hilal: Analisis Pendapat Muhammad Bakhīt al-Mutī’ī dengan Ibnu Hajar al-Haitami, Bilancia 13(2) (2019): 331-354.

Mahasena, P., Yusuf, M., Irfan, M., Akbar, E. I., Jatmiko, A. T. P., Mandey, D., man, M., Hidayat, T., Herdiwijaya, D., Raharto, M., & Dermawan, B., CCD observation of daylight crescent moon at Bosscha observatory, Journal of Physics.

Mustaqim, R.A, Pandangan Ulama terhadap Image Processing pada Astrofotografi di BMKG untuk Rukyatul Anak Bulan. Jurnal Astronomi Islam Dan Ilmu-Ilmu Berkaitan, 4(1) (2018): 78-115.

Nawawi, M. S. A. M., Wahid, K., Man, S., Ahmad, N., & Niri, M.A., Pemikiran Imam Taqi al-Din al-Subki (683/1284-756/1355) Berkaitan Kriteria Kenampakan Anak Bulan, Jurnal Syariah, 28(1) (2020): 1-30.

Nizam, N. K., Mohd Nawawi, M. S. A., Abdul Niri, M., Man, S., & Zainuddin, M. Z, Penggunaan Teleskop: Kesan Terhadap Hukum Ithbat Kenampakan Anak Bulan di Malaysia, Jurnal Fiqh 11/0, (2014): 55-74. https://doi.org/10.22452/fiqh.vol11no1.3

Saad Turki al Khatlān, Ithbat al-Hilal bikāmera CCD. Majmaʻ al-Fiqh al-Islāmī, 35(41) (2022), ms. 23-54.

Shah, Z.A, The Astronomical Calculations and Ramadhan A Fiqhi Discourse. (London, England: The International Institute of Islamic Thought, 2009).

Sulaiman bin Muhammad bin ‘Umar al-Bujairimi al-Azhari, Hasyiah Bujairimi ala Syarah Manhāj al-Tullāb, (Beirut: Dār al-Kutub al-Ilmiyah, 1971), jil 2, ms 85.

Wahid, K, Garis Panduan Pengisbatan Cerapan Anak Bulan Menurut Perspektif Syariah Dan Astronomi. (Tesis Kedoktoran, Universiti Malaya, 2021).

Zainon, O., Ali, H. R., & Hussin, M. F. A., “Comparing the New Moon Visibility Criteria for International Islamic Calendar Concept”. Kertas kerja dibentangkan di 2019 6th International Conference on Space Science and Communication (IconSpace), Julai 28-30, 2019.

Published

27-06-2024

How to Cite

TEKNIK PENGIMEJAN DIGITAL ANAK BULAN MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH: Digital Imaging Technique of The Young Crescent Moon from The Perspectives of Shariah. (2024). Journal of Fatwa and Falak Selangor, 1(1), 123-136. https://juffas.muftiselangor.gov.my/index.php/jurnal/article/view/19

Most read articles by the same author(s)