HUKUM SOLAT PADA WAKTU REMBANG
Determination of the Time of Solar Zenith According to Astronomical Calculations and the Ruling on Praying
Abstract
Waktu rembang atau juga dikenali sebagai waktu istiwā’ merupakan suatu tempoh ketika matahari berada tegak di atas meridian tempatan. Dalam Islam, waktu ini penting dalam menentukan waktu solat, walau bagaimanapun terdapat larangan khusus daripada hadis Nabi SAW untuk mengerjakan solat pada waktu tersebut. Hadis tersebut menyebut tiga waktu larangan termasuk waktu rembang. Para ulama telah menyebutkan dalam kitab turath bahawa waktu rembang adalah sangat singkat sehingga tidak sempat untuk dikerjakan solat. Artikel ini ditulis bagi mengkaji tempoh waktu rembang yang sebenar dalam kiraan jam moden menurut perhitungan ilmu falak. Dapatan kajian mendapati bahawa waktu rembang hanya singkat iaitu sekitar 1 minit 4 saat jika dikira daripada pusat matahari, manakala 2 minit 8 saat jika dikira daripada cakera matahari sebelum matahari tergelincir atau sebelum masuknya waktu Zohor. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan dengan merujuk kepada kitab-kitab turath Fiqh mazhab Shafi’i berkaitan isu solat pada waktu larangan. Kajian ini turut merujuk kepada data daripada kajian-kajian falak bagi mengenalpasti kedudukan matahari pada waktu rembang serta waktu yang diambil untuk tempoh peralihan pusat atau cakera matahari di sebelah timur masuk dan keluar dari garisan meridian. Pengkaji mendapati bahawa penyataan yang disebutkan oleh para ulama silam adalah tepat memandangkan waktu rembang yang begitu singkat sehingga tidak sempat untuk mendapat sekurang-kurang solat. Kajian ini diharapkan menjadi panduan kepada umat Islam dalam memahami waktu rembang dalam kiraan jam moden serta implikasi hukumnya terhadap pelaksanaan solat.
References
Abū Dāwūd (Dā'ūd), Sulaymān ibn al-Ash'ath al-Azdī al-Sijistānī, Sunan Abi Dāwūd, Beirut: Dār al-Risalah al-Alamiah, 2009.
Abū Husayn Muslim ibn al-Hajjāj ibn Muslim al-Qusyairī al-Nisāburī, Ṣaḥīḥ Muslim, Beirut: Dār Ihyā’ al-Turāth al-‘Arabī, 1955.
Al-Bujairimi, Sulaiman bin Muhammad. Hasyiah al-Bujairimi ‘ala al-Khatib. Amman, Jordan: Dar al-Fikr, 1995.
Al-Hadramiy, Abdullāh Ibn Abd al-Rahmān, al-Muqaddimah al-Hadramiah, Damsyik: Dār al-Muttahidah, 1993
Hardi, “Kajian Penetapan Takwim Solat Pulau Pinang Menurut Ilmu Falak”, Disertasi Sarjana, Universiti Malaysia, 2011.
Al-Khaṭīb al-Shirbīnī, Muḥammad bin Muḥammad, al-Iqnā’ fī Hāl Alfāz Abi Syujā’, Beirut: Dār al-Fikr, t.t.
Al-Khaṭīb al-Shirbīnī, Muḥammad bin Muḥammad, Mughnī al-Muhtāj Ilā Ma'rifat Ma'āni alfāz al-Minhāj, Beirut: Dār al-Risalah al-Alamiah, 2009.
Al-Nawawī, Abū Zakariyyā Muhyī al-Dīn bin Sharaf al-Nawāwī, al- Majmū’ Syarh al-Muhazzab, Beirut: Dār al-Fikr, t.t
Al-Rāfi'ī, Imam Abū al-Qāsim Abdul Karīm bin Muhammad al-Rāfi'ī, Fath al-’Azīz bi Syarh al-Wajīz, Beirut: Dār al-Fikr, t.t.
Al-Ramlī, Shams al-Dīn Muhammad bin Abū al-Abbās Ahmad bin Hamzah, Nihāyah al-Muhtāj ilā Syarh al-Minhāj, Beirut: Dār al-Fikr, 1984.
Ibn Mājah, Abū ʿAbd Allāh Muḥammad ibn Yazīd al-Qazwīnī, Sunan Ibn Mājah, Beirut: Dār Ihyā’ al-Kutub al-‘Arabiyyah, t.t.
Saedah Haron, Raihana Abd. Wahab & Mohd Zambri, “Astronomi dan Ibadah”. Prosiding Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal ke-9. Universiti Teknologi Malaysia, 2009.
Wan Kamel Wan Hussaid. Slide Hitungan Waktu Solat, Bahagian Ukur Geodetik, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, t.t.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Nabeela Akrasha, Zubair bin Amir Nur Rashid

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.