KONSEP DAN BENTUK AL-QARĀ’IN DALAM PENENTUAN PALSU SESEBUAH HADITH: KAJIAN TERHADAP KARYA AL-MŪQIZAH KARANGAN AL-ZAHABĪ
The Concept And Forms Of Al-Qarā’in In Determining The Fabrication Of A Hadith: An Analysis Of al-Mūqiẓah By Al-Dhahabī
Keywords:
hadith palsu, al-qarā’in, al-Zahabī, al-Mūqizah, maudhū’Abstract
Hadith palsu atau maudhū’ adalah hadith yang tidak sabit (wujud) daripada Nabi Muhammad SAW sama ada secara tersilap, jahil, atau terancang. Hadith palsu dikategorikan kepada dua iaitu hadith yang disepakati palsu dan diperselisih palsu. Kajian-kajian lepas konsisten membahaskan realiti dan cara berinteraksi dengan hadith yang diperselisihkan kepalsuannya. Namun begitu, kajian ini membawa perspektif berbeza dengan meneliti punca perselisihan tersebut dari sudut tema al-qarā’in. Kajian ini penting kerana ia memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang peranan al-qarā’in dalam menilai status hadith dan membantu memberikan kefahaman kepada masyarakat mengenai realiti lapangan hadith. Kajian menjalankan analisis terhadap karya al-Mūqizah karangan al-Zahabī berikutan kepakaran beliau dalam kajian teknikal hadith dan perawi. Metodologi yang digunakan adalah pendekatan kualitatif berdasarkan analisis dokumentasi sebagai pengumpulan data dan analisis kandungan sebagai metode analisis data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa al-Zahabī membezakan antara hadith yang disepakati dan diperselisih palsu. Asas perbezaannya adalah qarīnah yang digunakan. Beliau juga mengeluarkan sebanyak enam qarīnah dalam menentukan kepalsuan sesebuah hadith. Justeru itu, untuk mendapatkan kefahaman yang lebih jelas mengenai isu ini, kajian mencadangkan penyelidikan lanjutan termasuk kajian perbandingan penggunaan qarā’in dalam mazhab-mazhab aliran hadith yang berbeza dan analisis impaknya terhadap wacana hadith masa kini.
References
‘Ādil bin ‘Abd al-Shakūr. Qawā’id al-‘Ilal wa Qarā’in al-Tarjīḥ. Mesir: al-Rawḍah li al-Nashr wa al-Tawzī’, 2017.
Abdullah Abdul Rahman al-Sa’ad. Al-Mufaşşal fī Syarh al-Mūqizah. Riyādh: Dār al-Tauhīd li al-Nasyr, 2017.
Abdullah Mas’ud. "Sejarah Hadits Mawdu’ dalam Mustalahul Hadits." Jurnal Keislaman 1, no. 1 (2018).
Abdullah Muhammad Hasan. Al-Qarāin Wa Atharuhā Fi ‘Ilmi Al-Hadīth. Kuwait: Wizārah al-Awqāf wa al-Syu’ūn al-Islāmiyyah, 2012.
Abur Hamdi Usman dan Mohd Norzi Nasir. "Penyebaran Hadis Palsu dalam Penerbitan di Malaysia dan Kesannya kepada Masyarakat." Jurnal INHAD 12, no. 23 (2022).
Al-Haitham Muhammad. "Qarāin Al-Tarjīḥ Bayna Aqwāl Al-Jarh Wa Al-Ta’dīl Al-Muta’āridah ‘Inda Ibn Addī Fi Kitābihi Al-Kāmil." Disertasi Master, Universiti Tayyibah, 2021.
Al-Ma’āny. "Qarāin." Diakses pada 22 November 2023. https://www.almaany.com/ar/dict/arar/%D9%82%D8%B1%D8%A7%D8%A6%D9%86/.
Al-Qurtubī. Al-Jāmi’ Li Ahkām Al-Qur’ān. Disunting oleh Abdullah bin Abd Muhsin. Beirut: Muassasah al-Risālah, 2006.
Al-Syarīf Hātim al-‘Awnī. Syarh Mūqizah al-Zahabī. Kaherah: Dār Ibn al-Jawzī, 2006.
Al-Zahabi. al-Mūqizah fī ‘Ilm Muşţalah al-Hadīth. Beirut: Maktabah al-Maţbū’āt al-Islāmiyyah bi Halab, disunting oleh Abū Fattah Abū Ghuddah, 1992.
Ayyub al-Husainī. Al-Kulliyāt Mu’jam Fi Al-Mustalahāt Wa Al-Furūq Al-Lughawiyyah. Disunting oleh ‘Adnān Darwisy. Beirut: Muasasah al-Risālah, 2009.
Dzul Dzulraidi. Terjemahan Syarah Muqizah Az-Zahabi. Terengganu: Paddi Resources, 2023.
Fajar Rachmadhani. "The Concept of Hadith Maudhū’ and Its Contextualization in Information Management in the Digital Era." Jurnal Studi Alquran dan Hadis 3, no. 2 (2019).
Hanān Qamāri. "Ta’ārud Qarāin Al-Tarjih Wa Dawābit Daf’ihā ‘Inda Al-Imām Ibn Abi Hātim Min Khilāli Kitābihi Al-‘Ilal." Disertasi Master, Echahid Hamma Lakhdar University, 2016.
Ḥātim al-Awnī. Muqarrar al-Takhrīj wa Manhaj al-Hukm ‘alā al-Ḥadīth. Beirut: Markaz Namā’ li al-Buḥūth wa al-Dirāsāt, 2018.
Ibn Fāris, Ahmad bin Fāris. Mu’jam Māqayis Al-Lughah. Disunting oleh Abdul Salam Harun. Kaherah: Dār al-Fikr, 1979.
Ibn Ḥajar al-‘Asqalānī. Al-Nukat ‘alā Kitāb Ibn al-Ṣalāḥ. Disunting oleh Rabī’ bin Ḥādī al-Madkhalī. Madinah: ‘Umādah al-Baḥth al-‘Ilmī bi al-Jāmi‘ah al-Islāmiyyah al-Madīnah al-Munawwarah, 1984.
Ismail bin Ahmad. Al-Sihāh Tāj Al-Lughah Wa Sihāh Al-‘Arabiyah. Disunting oleh Ahmad Abd al-Ghafur. Beirut: Dār al-‘Ilm, 1987.
Majdi ‘Atiyyah. Al-Ilmā’ Fi Itbāth Al-Samāʿ. Mesir: Maktabah Ibn ‘Abbās, 2005.
Masyaqbah, Abdul Rahman Muhammad. "Athar Al-Qarāin Fi Ikhtilāf Al-Nuqqād Fi Tarjīḥ Bayna Al-Riwāyāt Wa I’lālihā." Majallah Nisf Sanawiyah Muhkamah 18, no. 2 (2021).
Mohd Awang Idris, Haslina Muhamad, dan R Zirwatul Aida R Ibrahim. Metodologi Penyelidikan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2018.
Mohd Fauzi Mohd Amin et al. "Penilaian Hadith Maudhu’ Dalam Kitab al-Yawaqit wa al-Jawahir fi 'Uqubah Ahli al-Kabair karangan Muhammad Ali Bin Abdul Rasyid Bin Abdullah al-Jawi al-Qadhi al-Sambawi." Jurnal Sains Insani 3, no. 3 (2018).
Mohd Shukri Mohd Senin. Hadith Palsu di Malaysia: Tinjauan Perkembangan dan Keberadaannya di Dalam Kitab-Kitab Jawi Silan dan Buku-Buku Agama Terpilih (2020).
Muḥammad bin Ismāꜥīl al-Ṣanꜥānī. Tawḍīḥ al-Afkār li Maꜥāni Tanqīḥ al-Anẓār. Disunting oleh Abu ꜥAbd al-Raḥmān Ṣalāḥ bin Muḥammad bin ꜥUwayḍah. Beirut: Dār al-Kutub al-ꜥIlmiyyah, 1997.
Naurah Didān. "Qarāin Al-Tarjīh Allatī Wāzana Bihā Al-Hāfidh Al-Mizzzi ‘Inda Al-Ikhtilāf Bi Ziyādah Rāwi Au Isqātihi Min Al-Isnād Min Khilāli Kitābihi Tahztīb Al-Kamāl: Dirāsah Nazariyyah." Tesis PhD, Universiti Qāsim.
Nik Suhaili Nik Fauzi et al. "Spreading Hadith Maudhu’ Via Information And Communication Technology: Reasons And Suggestions." Journal of Hadith Studies 7, no. 1 (2022).
Sāmir al-Kabīsī. "Athar Al-Qarāin Fī Al-Tarjīh Bi Al-Jazm Bi Al-Samāʿ Al-Mubāsyir Wa Al-Tahdīth Bihi Mirāran." Majallah al-Muhaddith al-‘Irāqiyah 3, no. 1 (2021).
Sayyid ‘Abd al-Mājid al-Ghawrī. ‘Ilm ‘Illal al-Ḥadīth Ta’rīfuhu wa Ahammiyyatuhu wa Aimmatuhu wa Kutubuhu. Selangor: Ma’had wa Dirāsāt al-Ḥadīth al-Sharīf bi Silanjūr, 2019.
Tariq Iwadullah. Işlāh al-Işţilāh. Riyadh: Maktabah al-Tau’iyah al-Islāmiyyah, 2008.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 DZULFAIDHI DZULRAIDI (Author)
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.