KEPENTINGAN TAḤQĪQ TERHADAP SASTERA ISLAM MELAYU: SATU PEMERHATIAN AWAL

The Importance of Taḥqīq to Malay Islamic Literature: A Preliminary Observation

Authors

  • Ahmad Mursyid Azhar Universiti Al-Azhar

Keywords:

Taḥqīq, kepentingan taḥqīq, sastera Islam Melayu

Abstract

Karya sastera Islam merupakan salah satu medium dakwah dalam bentuk penulisan bagi menyampaikan mesej dan nilai-nilai Islam. Walaupun tujuan penulisan sesuatu karya sastera Islam adalah baik, ia tidak terlepas daripada kritikan dan permasalahan. Permasalahan tersebut mengakibatkan pemahaman Islam yang disebarkan dalam karya sastera Islam ini bersalahan dengan pemahaman Islam yang sebenar. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah bagi mengenal pasti kesalahan yang berlaku dalam karya sastera Islam yang berkaitan dengan nilai pengajaran dan pemahaman Islam. Seterusnya, ia bertujuan mempamerkan kepentingan taḥqīq terhadap karya sastera Islam supaya pemahaman Islam yang disebarkan bertepatan dengan ajaran Islam yang sahih. Reka bentuk kajian pada penulisan ini berbentuk kepustakaan dan analisis kandungan. Bagi mengenal pasti hubungkait taḥqīq dengan kajian yang dijalankan, buku-buku dan jurnal berkenaan taḥqīq dirujuk. Kemudian, buku bertajuk Pendidikan Estetika Daripada Pendekatan Tauhid karangan Mohd Affandi Hassan menjadi rujukan utama dalam kajian ini, terutamanya pada bahagian pengenalan buku ini yang ditulis oleh Mohd Zariat Abdul Rani. Bagi mengenal pasti masalah berkaitan pemahaman Islam dalam karya sastera Islam pula, beberapa jurnal dan artikel yang mengkritik karya-karya sastera Islam tertentu telah menjadi rujukan dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati terdapat sebilangan banyak karya sastera Islam Melayu yang bercanggah dengan pemahaman Islam yang sahih serta tidak menepati fakta yang tepat. Seterusnya menunjukkan kepentingan taḥqīq terhadap sastera Islam Melayu.

 

References

Adli Yaacob, Farah Syafiqah Mohd Fadzil, ‘Falsafah Dan Konsep Sastera Islam Mengikut Sidek Baba’, International Research Journal Of Shariah, Muamalat And Islam 4/10 (2022): 46-54.

Ahmad Mursyid Azhar, ‘Pendekatan Takhrīj Dan Taḥqīq Dalam Pengajian Kitab Turāth: Kepentingan Serta Kaedah Rujukan’, RABBANICA 4/1 (2023): 77-89.

Al-Bājūrī, Ibrāhīm bin Muḥammad. Tuḥfah al-Murīd ʿAlā Jawharah al-Tawḥīd. (Syria: Maktabah Dār al-Daqqāq, 2016)

Al-Bukhārī, Muḥammad bin Ismāʿīl. Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. (Mesir: Sulṭāniyah, 1893)

Ḥamdī ʿAbdul Fattāḥ. Kayfa Tuḥaqqiq Makhṭūṭan Turāthiyyan. (Mesir: Maktabah al-Īmān,2014)

Hamidi Abdul Ghani, Nasron Yaacob, ‘Analisis Terhadap Penulisan Ibn Ishāq Dalam Kitab Al-Sīrah Al-Nabawiyyah’, RABBANICA 1/1 (2020): 1-18.

Mohd Affandi Hassan. Pendidikan Estetika Daripada Pendekatan Tauhid. (Malaysia: Wadi al-Irfan, 2024)

Mohd Shahrizal Nasir, ‘Pemanfaatan Ayat al-Quran Serta Sebab Penurunannya (Sabab al-Nuzul) Dalam Novel Perang Uhud Karya Abdul Latip Talib’, Jurnal Pengajian Melayu 22 (2011): 185-204.

Ramaḍān ʿAbdul Tawwāb. Manāhij Taḥqīq al-Turāth Bayna al-Qudāmā Wa al-Muḥdathīn. (Mesir: Maktabah al-Khānjī, 1985)

Shawqī Ḍīf. Tārīkh al-Adab al-ʿArabī. (Mesir: Dār al-Maʿārif, 1995)

Ungku Maimunah Mohd. Tahir, ‘Takrif Dan Manifestasi “Tarbiah” Dalam Novel Populer Islami di Malaysia’, MAHAWANGSA 2/2 (2015): 117-173.

Kamus dewan bahasa, https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=sastera

Prof. Madya Mohd Zariat bin Abdul Rani, https://profile.upm.edu.my/zariat/profesional.html

SaifulIslam.com, https://saifulislam.com/2013/03/01-analisa-perkembangan-novel-sejarah-islam-di-malaysia/

Published

31-12-2024

How to Cite

KEPENTINGAN TAḤQĪQ TERHADAP SASTERA ISLAM MELAYU: SATU PEMERHATIAN AWAL: The Importance of Taḥqīq to Malay Islamic Literature: A Preliminary Observation. (2024). Journal of Fatwa and Falak Selangor, 1(2), 91-106. https://juffas.muftiselangor.gov.my/index.php/jurnal/article/view/33