Ilmu Tasawuf: Pensyariatan Serta Perkembangannya Di Tanah Melayu Dan Selangor Darul Ehsan
Sufism: Its Legislation and Development in Malaya and Selangor Darul Ehsan
Keywords:
Ilmu tasawuf, tasawuf di Tanah Melayu, tasawuf di SelangorAbstract
Tasawuf adalah satu ilmu dan juga proses penyucian hati serta pengosongan diri daripada sifat-sifat tercela. Tasawuf membentuk seseorang sebagai sufi yang mempunyai akhlak yang mulia dan mencari kebenaran. Walaupun begitu, pensyariatan tasawuf dalam Islam tetap dipersoalkan pada masa kini. Oleh itu, kajian ini bertujuan menerangkan tentang pensyariatan tasawuf. Kajian ini juga akan membahaskan perkembangan tasawuf di Tanah Melayu dan di Negeri Selangor Darul Ehsan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengaplikasikan analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Kajian analisis tekstual dijalankan terhadap dokumen-dokumen tertentu seperti buku-buku dan artikel jurnal yang berkaitan dengan ilmu tasawuf serta sejarah dan perkembangannya di Nusantara atau Malaysia. Kajian mendapati pensyariatan tasawuf banyak disebut dalam al-Quran, hadis-hadis Nabi SAW serta pembuktian daripada tokoh-tokoh ilmuwan Islam. Perkembangan tasawuf di Tanah Melayu dipelopori oleh golongan sufi yang memainkan peranan penting dalam menuntut kemerdekaan dan gerakan dakwah di Malaysia. Manakala perkembangan tasawuf di Selangor pula dipengaruhi faktor penglibatan Sultan atau kerajaan, pengamalan tarekat dan pengajian turāth. Perkembangan tasawuf di Selangor adalah hasil usaha para pendakwah, agensi agama dan juga Kerajaan Negeri Selangor.
References
Abdul Kadir Riyadi. Arkeologi Tasawuf. Bandung: Mizan Media Utama, 2016.
Abu al-Wafā al-Ghanamī. Madkhal Ilā al-Taṣawwuf al-Islāmī. Mesir: Dār al-Thaqāfah, t.t.
Al-Bukhārī, Muḥammad bin Ismāʿīl. Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. Mesir: Sulṭāniyah, 1893.
Burhanuddin al-Hilmy. Simposium Tasawwuf dan Tariqat. Malaysia: Jabatan Mufti Negeri Sembilan, 2006.
Dewan Bahasa dan Pustaka, diakses daripada: https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=tasawuf.
Hawash Abdullah. Perkembangan Ilmu Tasawuf & Tokoh-Tokohnya di Nusantara. Indonesia: Penerbit al-Ikhlas : t.t.
Al-Jīlānī, ʿAbdul Qādir bin Mūsā. Al-Ghanī Liṭālibī Ṭarīq al-Ḥaq ʿAzza Wajalla. Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah, 1997.
Mohd Faizal Harun. Tasawuf dan Tarekat Sejarah Perkembangan dan Alirannya di Malaysia. Kedah: UUM Press, 2015.
Muslim bin al-Ḥajjāj. Ṣaḥīḥ Muslim. Mesir: ʿIsā al-Bābī al-Ḥalabī, 1955.
Nazneen Ismail, Nurzatil Ismah Azizan, Siti Mursyidah Mohd Zin, “Peranan Guru Pengajian Turath Dalam Pembentukan Sahsiah Pelajar di Pondok”, Jurnal Al-Hikmah 13, no. 1 (2021): 43-71.
Al-Qushayrī, ʿAbdul Karīm Abū al-Qāsim. Al-Risālah al-Qushayriyyah. Mesir: Dār al-Shuʿab, 1989.
Rosni binti Wazir, “Sorotan Perkembangan Tasawuf Di Alam Melayu, Tokoh-Tokoh Dan Karyanya”, Jurnal Pengajian Islam, 9, no. 2 (2016): 177 – 194.
Sulaiman Ibrahim. Al-Ṭuruq al-Ṣūfiyyah Fī Mālīziyā. Malaysia: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, 2002.
Al-Tirmidhī, Muḥammad bin ʿĪsā. Sunan al-Tirmidhī. Mesir: Musṭafā al-Bābī al-Ḥalabī, 1975.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Ahmad Mursyid Azhar, Alifah Ilyana, Muhammad Aiman Akmal

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.