PERKEMBANGAN FIQH SYAFI'I ERA MILENIUM: KAJIAN FATWA-FATWA SEMASA DI MALAYSIA
The Development of Fiqh Syafi’i In The Millennium Era: A Study of Current Issues in Malaysia
Abstract
Perkembangan pesat yang berlaku dalam persekitaran kehidupan manusia era kini menjadi faktor timbulnya banyak permasalahan baru serta memerlukan kepada ijtihad daripada para fuqaha. Di Malaysia, institusi fatwa terikat dengan enakmen-enakmen di negeri masing-masing yang mengikat keputusan fatwa agar memberikan keputusan dengan mengikut pandangan yang muktamad dalam mazhab Syafi’i. Walau bagaimanapun, bagi situasi tertentu, Jawatankuasa Fatwa dibenarkan membuat keputusan dengan bertaklid kepada pandangan yang lemah dalam mazhab atau bertaklid kepada mazhab lain dengan mengambil kira pertimbangan maslahah masyarakat setempat. Objektif penulisan ini adalah bagi mengkaji dan menganalisis perkembangan, penyusunan dan ijtihad-ijtihad baharu dalam fiqh Syafi’i khususnya dalam institusi kefatwaan di Malaysia dalam mendepani isu-isu fiqh kontemporari. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui kajian kepustakaan iaitu dengan merujuk kepada fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa serta mengkaji asas keputusan tersebut dikeluarkan. Data tersebut seterusnya dianalisis dengan melihat kepada isu-isu terpilih bagi melihat pengamalan fiqh Syafi'i khususnya dalam kefatwaan di Malaysia bagi mendepani isu-isu semasa pada era milenium ini. Hasil kajian mendapati bahawa perkembangan fiqh Syafi’i di Malaysia dizahirkan melalui penghasilan penulisan, kajian, serta keputusan fatwa seiring dengan perkembangan semasa. Pandangan marjuh dalam mazhab boleh digunakan dalam memberikan fatwa apabila terdapat keperluan. Penentuan sesuatu hukum hendaklah mengambil kira beberapa kriteria daripada waqi’, pertimbangan antara maslahah dan mafsadah, serta konsep darurat bagi memberikan keputusan yang sesuai untuk masyarakat di Malaysia.
References
Al-Qur’an al-Karim, Tafsir Pimpinan al-Rahman, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Abū Husayn Muslim bin Al-Hajjāj bin Muslim Al-Qusyairī Al-Nīsābūri. Sahīh Muslim. Turki: Dar Al-Ṭibā’ah Al-‘Amārah, 1915.
Abū Zakariyyā Muhyī al-Dīn bin Sharaf al-Nawāwī. Syarḥ al-Nawawī ‘ala Muslim. Beirut, Lubnan: Dār Iḥyā’ Turath Al-‘Arabiy, 1972.
Abū Zakariyyā Muhyī al-Din bin Sharaf, al-Majmū’ Syarh al-Muhadzdzab. Amman, Jordan: Dar al-Fikr, 1928.
Akademi Kebangsaan Fiqh Islami. Diakses daripada https://iifa-aifi.org/ar/2009.html.
Akram Yusuf Muhammad al-Qawāsī, al-Madkhal Ila Mazhab al-Imam al-Syafi’i, Jordan: Dar al-Nafāis, 2003.
Al-Ansārī. Abū Yaḥya Zakariyya. Asnā al-Maṭālib Syarḥ Rawḍ at-Ṭālib. Dar al-Kutub al-Islamiyy, t.t.
Al-Bukhārī, Muḥammad bin Ismāīl. Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. Damsyiq: Dar Ibn Kathir, Dar al-Yamamah, 1994.
Dār al-Iftā’ Mesir. Diakses daripada https://www.dar-alifta.org/ar/fatawa/11317/%D8%AD%D9%82%D9%86-%D8%A7%D9%84%D8%A7%D9%86%D8%B3%D9%88%D9%84%D9%8A%D9%86-%D9%81%D9%8A-%D8%A7%D9%84%D8%B5%D9%8A%D8%A7%D9%85
Dewan Bahasa & Pustaka diakses daripada https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=milenium
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003.
Hasan bin Ahmad bin Muhammad Al-Kaff, Al-Taqrīrāt Al-Sadīdah Fi Al-Masāil Al-Mufīdah Qism Al-‘Ibadah. Yaman: Dārul Ilmi Wa Al-Da'wah.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Tahun 2002. Diakses daripada https://www.muftiselangor.gov.my/2023/10/28/fatwa-penetapan-harga-zakat-fitrah-negeri-selangor-tahun-1443h-2022m/
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Panduan Berpuasa Bagi Pesakit. (2009)
Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Tahun 2002. Diakses daripada https://www.muftiselangor.gov.my/2023/10/28/fatwa-tentang-hukum-sembahyang-jama-kerana-menjalani-rawatan-penyakit-penyakit-kronik-di-hospital-kerajaan-dan-swasta/
Al-Malībārī, Fatḥul Mu’īn bi Syarh Qurratu Al-‘Ain bi Muhimmāt Al-Dīn, Beirut: Dār Ibn Ḥazm, 2010.
Mansur Al-Buhūtī, Kassyaf Al-Qina’‘an Matn Al-Iqna’, Saudi: Wizārah Al-‘Adl,t.t.
Muhammad Noor bin Haji Ibrahim, Ismail bin Haji Yusof, Abdullah bin Muhammad Basmeih. Mastika Hadis. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM, 2011.
Wahbah Al-Zuhaylī. Al-Fiqh al-Islāmī wa Adillatuhū, Beirut, Lubnan: Dar al-Fikr, 1989.
Zayn al-Din Bin Ibrāhīm bin Muhammad Ibn Nujaym. Al-Bahr al-Rāiq Syarh Kanz al-Daqāiq. Kaherah, Mesir: Dār al-Kitāb al-Islāmī.
Zulkifli Muhammad al-Bakri. 2011. Keterikatan Fatwa Kepada Mazhab Dalam Mengeluarkan Fatwa. (Monograf al-Ifta’ Siri 2) disunting oleh Hajah Wan Morsita Wan Sudin (eds.), 56-88. Selangor: JAKIM.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2023 Anhar Opir, Alifah Ilyana Hamizan, Zubair Amir Nur Rashid (Author)
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.