PENGARUH KETINGGIAN DALAM HITUNGAN WAKTU MAGHRIB DI SELANGOR: KAJIAN KES DI BUKIT JUGRA

The Impact of Altitude on Maghrib Prayer Time Calculation in Selangor: A Case Study on Bukit Jugra

Authors

  • Nabeela Akrasha Miss
  • Hardi bin Mohamad Sadali

Abstract

Ketinggian sesuatu lokasi dari aras laut memainkan peranan penting dalam memberikan kesan langsung kepada pengiraan waktu, seperti waktu terbit dan terbenam matahari, yang menjadi asas dalam menentukan waktu solat. Kajian ini bertujuan menganalisis pengaruh ketinggian lokasi terhadap waktu Maghrib di Bukit Jugra, Selangor, sebagai lokasi kajian. Data diperoleh berdasarkan pengiraan waktu matahari terbenam sepanjang tahun 2025. Metodologi yang digunakan melibatkan penggunaan aplikasi hitungan waktu solat yang disediakan oleh JAKIM melalui Microsoft Excel. Perisian ini membolehkan pengiraan waktu solat dilakukan berdasarkan tahun dan tempat yang dikaji iaitu sepanjang tahun 2025 di Bukit Jugra pada dua ketinggian, iaitu 0 meter dan 146 meter dari aras laut. Seterusnya, pendekatan komparatif digunakan antara lokasi Bukit Jugra dengan mengambil kira ketinggian 0 meter dan 146 meter bagi dibandingkan dengan jadual rasmi jadual waktu solat Negeri Selangor, Zon 3: Daerah Klang dan Kuala Langat. Hasil kajian menunjukkan, waktu Maghrib sebenar di lokasi pada ketinggian 0 meter dari aras laut mencatatkan beberapa tarikh adalah awal 1 minit hingga 2 minit berbanding waktu Maghrib yang tercatat di takwim Selangor bagi Zon 3. Manakala pada ketinggian 146 meter dari aras laut menunjukkan waktu solat Maghrib di lokasi tersebut adakalanya awal 1 minit, sebahagian hari yang lain pula lewat 1 minit dan 2 minit berbanding waktu Maghrib yang tercatat di takwim Selangor Zon 3. Kajian ini menegaskan bahawa ketinggian kawasan harus diambil kira dalam pengiraan waktu solat bagi memastikan ketepatan waktu yang dicatatkan dalam takwim.

References

A. Frost, Prinsip dan Amalan Ilmu Pelayaran, terj. Wan Ahmad Wan Omar & Zainal Ashirin, Kuala Lumpur: DBP, 1992.

Abu Bakar ibn Husayn al-Baihaqī, al-Sunan al-Kubrā, Beirut, Lubnan: Dar al-Fikr, 1996.

David A. King, In Synchrony with the Heavens, Leiden, Boston: Brill, 2004.

Hussayn Muslim bin al-Hajjāj al-Qusyayrī al-Naisābūrī, Ṣaḥīḥ Muslim, Beirut, Lubnan: Dar al-Fikr, 1983.

Ibn Qudāmah, al-Mughnī, Beirut, Lubnan: Dar al-Fikr, 1984.

Mohammad Ilyas, Astronomy of Islamic Times for the Twenty-first Century, Kuala Lumpur: A.S. Nordeen, 1999.

Nautical Almanac Office, The Astronomical Almanac, New York: U.S. Government Printing Office, 2002.

Published

31-12-2024

How to Cite

PENGARUH KETINGGIAN DALAM HITUNGAN WAKTU MAGHRIB DI SELANGOR: KAJIAN KES DI BUKIT JUGRA: The Impact of Altitude on Maghrib Prayer Time Calculation in Selangor: A Case Study on Bukit Jugra. (2024). Journal of Fatwa and Falak Selangor, 1(2), 107-115. https://juffas.muftiselangor.gov.my/index.php/jurnal/article/view/35