KARĀMAH DARI SUDUT AQIDAH DAN TASAWWUF: ANALISIS TERHADAP PANDANGAN SYEIKH IBN ʿAJĪBAH

Karāmah from the Perspective of ʿAqīdah and Taṣawwuf: An Analysis of Syeikh Ibn ʿAjībah’s View

Authors

  • Ahmad Arif Zulkifi

Abstract

Karāmah mempunyai kedudukan penting dalam kerangka intelektual dan kerohanian Islam. Namun, dalam konteks semasa, kefahaman yang kabur sering menimbulkan kekeliruan, khususnya dalam membezakan karāmah daripada muʿjizāt para nabi, pertolongan (maʿūnah), dan ujian berupa nikmat (istidrāj) lantas menyebabkan sebahagian golongan menolak keharusannya. Kekeliruan ini menimbulkan persoalan kritikal tentang kerangka yang tepat dalam memahami karāmah tanpa menjejaskan asas akidah Islam. Justeru, kajian ini bertujuan meneliti konsep karāmah daripada perspektif akidah Ahl al-Sunnah wal Jamāʿah dan tasawuf dengan memberi fokus kepada pemikiran Ibn ʿAjībah (w. 1224H). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui analisis kepustakaan dengan meneliti karya-karya beliau seperti al-Baḥr al-Madīd dan Īʾqāẓ al-Himam serta sumber-sumber turāth lain yang berkaitan. Hasil kajian menunjukkan bahawa Ibn ʿAjībah melihat karāmah bukan semata-mata perkara luar biasa, tetapi hakikat rohani yang berpaksikan pengetahuan (ʿirfān), pengalaman batin (dhawq), dan keadaan kerohanian (wujdān). Beliau menekankan bahawa intipati karāmah sebenar ialah keteguhan iman, kesempurnaan akhlak, dan kekuatan spiritual, manakala aspek keajaiban hanyalah perkara sampingan. Kajian ini turut membincangkan titik persamaan dan perbezaan pandangan ulama kalam serta tasawuf mengenai isu ini, sekali gus meletakkan Ibn ʿAjībah dalam kerangka perbahasan yang lebih luas. Kesimpulannya, kajian ini menyumbang kepada pengayaan kesarjanaan dengan menjelaskan kepentingan epistemologi dan kerohanian karāmah, di samping membentuk kerangka yang seimbang untuk memahami kedudukan para wali tanpa menyeleweng daripada prinsip akidah. Signifikan kajian ini terletak pada usahanya menjambatani ketelitian ilmu kalam dengan dimensi rohani tasawuf, sekaligus relevan dalam menangani cabaran kefahaman akidah dan spiritualiti umat Islam masa kini.

References

‘Abd al-Laṭīf ‘Umar al-Muḥaymīd. Al-Khaṭā’ fī Nisbah al-Ārā’ ilā Aṣḥābihā fī al-Kutub al-Kalāmīyyah. Beirut: Dār al-Muqtabas, 2017.

‘Abd al-Qādir ‘Īsā. Ḥaqā’iq ‘an al-Ṣūfiyyah. Kaherah: al-Muqattam li al-Nashr wa al-Tawzī‘, 1426H/2005M.

‘Abd al-Raḥmān Dimashqīyah. Awliyā’ Allāh bayna al-Mafhūm al-Ṣūfī wa al-Manhaj al-Sunnī al-Salafī. ed.: Abū ‘Umar al-Dūsarī (t.p.t.t.).

Abū al-Ḥasan al-Khalīl. Muʿjam al-‘Ayn. Kaherah: Dār al-Ma‘ārif, 1387H/1967M.

Abū ʿAmr ʿUthmān al-Salālijī. Al-ʿAqīdah al-Burhāniyyah. ed.: Ahmad Arif Zulkefli. Kuala Lumpur: Nour Publication & Consultation, 2024.

Abū Ja‘far al-Ṭaḥāwī. Al-‘Aqīdat al-Ṭaḥāwīyah. Beirut: Dār al-Ma‘ārif, 1422H/2001M.

Abū Muḥammad ‘Abd al-Karīm bin Ṣāliḥ bin ‘Abd al-Karīm al-Ḥamīd. Iḥsān Sulūk al-‘Abd al-Mamlūk ilā Malik al-Mulūk. (t.p.t.t.)

Aḥmad bin Ḥanbal. Al-‘Aqīdah Riwāyat Abī Bakr al-Khallāl. Dimashq: Dār Qutaybah, 1408H/1988M.

Aḥmad Zarrūq al-Fāsī. Sharḥ al-Ḥikam al-‘Aṭā’iyyah, aw Miftāḥ al-Ifādah li Dhawī al-‘Uqūl wa al-Himam ‘alā Ma‘ānī Alfāẓ Kitāb al-Ḥikam, ed.: Muṣṭafā Marzūqī. Algeria: Dār al-Hudā li al-Ṭibā‘ah wa al-Nashr wa al-Tawzī‘, ‘Ayn Millīlah, t.t.

Al-Juwaynī. Al-Irshād. Kaherah: Dār al-Ma‘ārif, 1397H/1977M.

Al-Qushayrī. Al-Risālah al-Qushayriyyah. Kaherah: Dār al-Ma‘ārif, t.t.

Al-Shārānī, ‘Abd al-Wahhāb. Al-Ṭabaqāt al-Kubrā. ed.: ‘Abd al-Ghanī Muḥammad ‘Alī al-Fāsī. Beirut: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 2006.

Fā’izah Zaytūnī. Nushūṣ al-Karāmāt fī Kitāb al-Bustān li Ibn Maryam, Muqārabah Sīmiyā’īyah. Master. Jāmi‘ah Qāṣidī Murbaḥ Būrqilah, 2008.

Fakhr al-Dīn al-Rāzī. Tafsīr al-Rāzī = Mafātīḥ al-Ghayb. Beirut: Dār Iḥyā’ al-Turāth al-‘Arabī, 1999.

Ḥūriyah bin Qādah. Mawqif al-Ṣūfīyyah min al-Karāmāt: Muḥāwalat li Ta’ṣīl al-Mafhūm. Rabat: Markaz al-Imām al-Junayd, t.t.

Ibn ‘Ajībah. al-Fihrasah. ed.: ʿAbd al-Ḥamīd Ṣāliḥ Ḥamdān. Kaherah: Dār al-Ghad, t.t.

Ibn ‘Ajībah. Īqāẓ al-Himam fī Sharḥ al-Ḥikam. ed.: Aḥmad Ḥasbullah. Kaherah: Dār al-Maʿārif, t.t.

Ibn ‘Ajībah. Mi‘rāj al-Tasharuf ilā Ḥaqā’iq al-Ṣūfiyyah.

Ibn ʿAjībah. Al-Baḥr al-Madīd fī Tafsīr al-Qur’ān al-Majīd. ed.: Aḥmad ‘Abd Allāh al-Qurashī Raslān. Beirut: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1431H/2010M.

Ibn Rushd. Masā’il Abī al-Walīd Ibn Rushd al-Jadd. ed.: Muḥammad al-Ḥabīb. al-Maghrib: Dār al-Āfāq al-Jadīdah, 1412H/1992M.

Ibn Taymīyah. Al-‘Aqīdah al-Wāsiṭīyah. Riyadh: Aḍwā’ al-Salaf, 1420H/1999M.

Ibn Taymīyah. al-Nubuwwāt. Beirut: Dār al-Fikr, 1991.

Ibn Taymiyah. Mukhtasar al-Fatāwā al-Miṣriyyah. Kaherah: Dār al-Ma‘ārif, 1989.

Jamāl al-Dīn ibn Manẓūr. Lisān al-‘Arab. Beirut: Dār Ṣādir, 1994.

Mubārak bin Muḥammad al-Mīlī al-Jazā’irī. Risālat al-Shirk wa Maẓāhirih, ed.: Abu ‘Abd al-Raḥmān Maḥmūd. Riyad: Dār al-Rāyah li al-Nashr wa al-Tawzī‘, 1422H/2001M.

Muḥammad al-Mahdī al-Timsamānī. Al-Imām Sīdī Muḥammad bin Aḥmad al-Būzidī, Tarjamatuhu wa Ba‘ḍu Ash‘ārihi. Beirut: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah, t.t.

Muḥammad al-Mahdī al-Timsamānī. Al-Sharafā' Awlād Ibn ‘Ajībah. Beirut: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah, t.t.

Muḥammad bin Ṣāliḥ ibn ‘Uthaymīn. Majmū‘ Fatāwā Ibn ‘Uthaymīn. Riyadh: Dār al-Waṭan, 1413H/1992M.

Muḥammad Nabīl Ṭāhir al-‘Umarī. Al-Nubuwwah bayn al-Mutakallimīn wa al-Falāsifah wa al-Ṣūfīyyah. Beirut: Dār al-Faṭḥ li al-Dirāsāt wa al-Nashr, 1436H/2015M.

Muṣṭafā al-‘Arūsī. Ḥāshiyat al-‘Allāmah Muṣṭafā al-‘Arūsī al-Musammā Nātaʾij al-Afkār al-Qudsiyyah fī Bayān Ma‘ānī Sharḥ al-Risālah al-Qushayriyyah li al-Syeikh Zakariyā’ al-Anṣārī. ed.: al-Syeikh ‘Abd al-Wārith Muḥammad ‘Alī. Beirut: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah, t.t.

Nukhbah min al-‘Ulamā’. Usūl al-Īmān fī Ḍaw' al-Kitāb wa al-Sunnah. Arab Saudi: Wizārah al-Shuʾūn al-Islāmiyyah wa al-Awqāf wa al-Daʾwah wa al-Irshād, 1421H/2000M.

Nūr al-Dīn Nās al-Faqīh. Al-Mu‘jam al-Ṣūfī ‘Inda al-Maghāribah. Rabat: Majallah Da‘wat al-Ḥaqq, 2016.

Taj al-Dīn ‘Abd al-Wahhāb al-Subkī. Ṭabaqāt al-Shāfi‘iyyah al-Kubrā. ed.: Dr. Maḥmūd Muḥammad al-Ṭanāḥī dan Dr. ‘Abd al-Fattāḥ Muḥammad. Kaherah: Hijr, 1413H/1992M.

Ṭāriq al-‘Ilmī. Al-Karāmah ‘Inda al-Ṣūfiyyah. Rabat: Markaz al-Imām al-Junayd li al-Dirāsāt wa al-Buḥūth al-Ṣūfīyyah al-Mutakhassisah, t.t.

Yūsuf al-Zayyāt al-Tādilī. Al-Tashawwuf ilā Rijāl al-Taṣawwuf. Rabat: Manshūrāt Kullīyat al-Ādāb wa al-‘Ulūm al-Insāniyyah, 1997.

Published

30-12-2025

How to Cite

KARĀMAH DARI SUDUT AQIDAH DAN TASAWWUF: ANALISIS TERHADAP PANDANGAN SYEIKH IBN ʿAJĪBAH: Karāmah from the Perspective of ʿAqīdah and Taṣawwuf: An Analysis of Syeikh Ibn ʿAjībah’s View. (2025). Journal of Fatwa and Falak Selangor, 2(2), 18-45. https://juffas.muftiselangor.gov.my/index.php/jurnal/article/view/57