FENOMENA GERHANA DALAM HADIS: KAJIAN TAKHRIJ AL-HADĪTH DAN MITOS MASYARAKAT

The Phenomenon of Eclipse in Hadith: A Study of Takhrij Al-Hadīth and Societal Myths

Authors

  • Ahmad Huzaifah Seri Buana @ Shahril
  • Ammar Firdaus Zainal Abidin
  • Muhammad Zulkifli Nor Azib

Abstract

Fenomena gerhana merupakan tanda kebesaran Allah SWT yang disebut dalam al-Quran dan hadis. Peristiwa ini dikaitkan dengan pensyariatan solat kusūf dan khusūf, sebagai peringatan agar manusia kembali kepada Allah SWT. Namun, dalam masyarakat masa kini, terdapat trend penyebaran maklumat yang meluas melalui media sosial, khususnya menerusi video-video TikTok yang tular menceritakan berkenaan hadis-hadis fenomena gerhana. Hal ini menimbulkan cabaran apabila wujud penyebaran hadis da‘if dan mawdū‘, di samping mitos yang diwarisi turun-temurun yang dikongsikan secara tidak terkawal. Keadaan ini menimbulkan kekeliruan kerana bercampur antara riwayat sahih dengan kepercayaan budaya dalam ruang digital. Kajian ini dijalankan untuk menilai tiga hadis berkaitan gerhana yang sering dibangkitkan dalam kandungan media sosial tersebut melalui kaedah takhrīj al-hadīth, serta meneliti mitos yang berkembang dalam masyarakat. Kajian menggunakan metodologi kepustakaan dengan merujuk kepada kitab hadis primer, kitab rijāl, karya ulama klasik dan penulisan kontemporari. Kaedah dirāsah al-asānīd digunakan bagi menilai sanad dan matan hadis, manakala analisis kandungan dilakukan terhadap riwayat lemah dan palsu yang sering tular. Hasil kajian mendapati bahawa hadis sahih menegaskan gerhana sebagai tanda kebesaran Allah SWT yang menggalakkan doa, istighfar dan solat. Hadis lemah dan palsu pula telah dikenal pasti kelemahannya serta ditolak oleh para ulama. Kajian turut mendapati mitos masih dipercayai dan terus tersebar di platform digital, walaupun sains moden telah menjelaskan hakikat sebenar fenomena ini. Kesimpulannya, kajian ini menekankan kepentingan memahami gerhana berasaskan al-Quran, sunnah dan sains, agar masyarakat terhindar daripada khurafat di media sosial. Kajian ini menyumbang kepada bidang takhrīj al-hadīth dengan menghimpunkan perbincangan tentang gerhana serta menjelaskan kaitannya dengan budaya dan persepsi masyarakat Islam dalam era teknologi maklumat.

References

Abū ‘Abd Allāh, Muḥammad ibn Ismā‘īl ibn Ibrāhīm ibn al-Mughīrah al-Bukhārī, Ṣaḥīḥ al-Bukhārī, Beirut: Dār Ṭawq al-Najāh, 1894.

Abū ‘Abd ar-Raḥmān Aḥmad bin Shu‘ayb an-Nasā’ī, As-Sunan al-Kubrā, Beirut: Mu’assasah ar-Risālah, 2017.

Abū al-Faḍl Aḥmad ibn ʿAlī ibn Muḥammad ibn Aḥmad ibn Ḥajar al-ʿAsqalānī, Taqrīb al-Tahdhīb, Syria: Dār al-Rashīd, 1986,

Abū al-Ḥusayn Muslim bin Al-Hajjāj bin Muslim Al-Qushayrī Al-Nisāburī, Ṣaḥīḥ Muslim, Türkiye: Dār al-Ṭibā‘ah al-‘Āmirah, 1916.

ʿAbd al-Raḥmān ibn Abī Bakr, Jalāl al-Dīn al-Suyūṭī, al-Fatḥ al-Kabīr fī Ḍamm al-Ziyādah ilā al-Jāmiʿ al-Ṣaghīr, Beirut: Dār al-Fikr, 2012.

Abū Zakariyyā Muḥyī al-Dīn Yaḥyā bin Sharaf al-Nawawī, al-Minhāj Sharḥ Ṣaḥīḥ Muslim bin al-Ḥajjāj, Beirut: Dār Iḥyā’ al-Turāth al-‘Arabī, 1972.

al-Dāraquṭnī, Abū al-Ḥasan ʿAlī bin ʿUmar, Sunan al-Dāraquṭnī, Beirut: Muʾassasat al-Risālah.

al-Dhahabī, Shams al-Dīn al-Dhahabī, Mīzān al-I‘tidāl, Beirut: Dār al-Ma‘rifah li-Ṭ-Ṭibā‘ah wa al-Nashr.

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī, Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, Maktabah al-Qahirah.

Jamāl al-Dīn ʿAbd al-Raḥmān ibn ʿAlī ibn Muḥammad al-Jawzī, Al-Mawḍūʿāt li-Ibn al-Jawzī, Al-Maktabah al-Salafiyyah bi-al-Madīnah al-Munawwarah.

Muḥammad ‘Alī Ṭāhā al-Durra, Tafsīr al-Qur’ān al-Karīm wa I‘rābuhu wa Bayānuhu, Damsyik: Dar Ibn Kathir, 2009.

Muhammad bin Mukarram bin ‘Ali, Abu al-Faḍl Jamāl al-Dīn Ibn Manẓūr al-Anṣārī, Lisān al-‘Arab. Beirut: Dār Ṣādir, 1993

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, Ḍaʿīf al-Jāmiʿ al-Ṣaghīr, (al-Maktab al-Islāmī)

Shams al-Dīn Ibn al-Muḥibb al-Ṣāmit, Ṣifāt Rabb al-ʿĀlamīn, Al-Taḥqīq Ṣaqr ibn Ḥasan al-Ghāmidī, Makkah al-Mukarramah: Fakulti Uṣūl al-Dīn, Universiti Umm al-Qurā, 2014

Wahbah bin Muṣṭafā al-Zuḥaylī, Al-Fiqh al-Islāmī wa Adillatuhu, Damsyik: Dār al-Fikr, 1997.

Haristiani, Nuria, Tutin Aryanti, Asep Bayu Dani Nandiyanto, and Desri Sofiani. “Myths, Islamic View, and Science Concepts: The Constructed Education and Knowledge of Solar Eclipse in Indonesia.” Journal of Turkish Science Education 14, no. 4 (2017): 35–47.

Izzuddin, Ahmad, Mohamad A. Imroni, Ali Imron, and Mahsun Mahsun. “Cultural Myth of Eclipse in a Central Javanese Village: Between Islamic Identity and Local Tradition.” HTS Teologiese Studies / Theological Studies 78, no. 4 (2022). https://doi.org/10.4102/hts.v78i4.7282.

“Socio-Cultural and Religious Narratives and Practices Regarding Lunar Eclipse in Village Communities: A Study of Central Punjab, Pakistan.” FWU Journal of Social Sciences, June 25, 2024, 36–45. https://doi.org/10.51709/19951272/Summer2024/4.

Tennakone, K. “Historical and Social Aspects of Solar Eclipse Occurrences.” Sri Lanka Journal of Social Sciences 41, no. 1 (2018): 25. https://doi.org/10.4038/sljss.v41i1.7604.

Yaqin, Ahmad Ainul, and Fahmi Fatwa Rosyadi Satria Hamdani. “HADIS GERHANA DAN WAFATNYA IBRAHIM IBN MUHAMMAD.” Tahkim (Jurnal Peradaban Dan Hukum Islam) 1, no. 1 (2018). https://doi.org/10.29313/tahkim.v1i1.3349.

“Total Lunar Eclipse on 3 Mar 2026: Map & Times“, Time and Date AS, diakses pada 27 September 2025, https://www.timeanddate.com/eclipse/map/2026-march-3.

Published

30-12-2025

How to Cite

FENOMENA GERHANA DALAM HADIS: KAJIAN TAKHRIJ AL-HADĪTH DAN MITOS MASYARAKAT: The Phenomenon of Eclipse in Hadith: A Study of Takhrij Al-Hadīth and Societal Myths. (2025). Journal of Fatwa and Falak Selangor, 2(2), 163-181. https://juffas.muftiselangor.gov.my/index.php/jurnal/article/view/65

Most read articles by the same author(s)

1 2 3 > >>