ANALISIS TERHADAP BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH DALAM KES-KES JENAYAH SYARIE DI MALAYSIA: ISU DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Analysis of the Jurisdiction of Syariah Courts in Syariah Criminal Cases in Malaysia: Issues and Recommendations for Improvement

Authors

  • Mohamad Aniq Aiman Alias Fakulti Pengajian Islam, University College Bestari, Putera Jaya, Permaisuri, Setiu, Terengganu, Malaysia, 22100 Permaisuri, Terengganu

Keywords:

Mahkamah Syariah, bidang kuasa, Jenayah Syarie

Abstract

Kes jenayah syarie di Malaysia menjadi fokus perdebatan yang meningkat seiring dengan perkembangan sosial, budaya, dan undang-undang. Dalam konteks ini, Mahkamah Syariah memegang peranan penting dalam menegakkan hukum Islam dan keadilan. Namun, walaupun telah wujudnya perundangan yang jelas, terdapat cabaran yang berterusan dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis isu-isu kritikal yang melanda bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam kes-kes jenayah syarie di Malaysia, serta mencadangkan cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan di institusi kehakiman Syariah Malaysia. Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan pendekatan secara kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis dokumen daripada data primer dan data sekunder. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis dokumen dan dipersembahkan dalam bentuk subtema. Di akhir kajian ini, penyelidik telah memperjelaskan berkaitan pengenalan kepada undang-undang jenayah syarie di Malaysia, analisis sejarah penubuhan mahkamah syariah serta bidang kuasanya dan menganalisis beberapa kes-kes jenayah syarie yang dilaporkan di Mahkamah Syariah Malaysia. Penyelidik juga turut mencadangkan beberapa cadangan penambahbaikan terhadap hukuman jenayah syarie di bawah bidang kuasa mahkamah syariah iaitu memanfaatkan had hukuman sedia ada secara maksimal oleh negeri, pendekatan hakim untuk menjatuhkan hukuman secara holistik, perbincangan di antara pegawai penguatkuasa agama, pendakwa syarie dan badan kehakiman syarie dan menyeragamkan bentuk dan had hukuman antara negeri-negeri. Diharapkan kajian ini dapat dijadikan rujukan dan input untuk membawa institusi kehakiman syariah ke arah lebih baik pada masa akan datang.

References

Abd Rahman, Sheikh Ghazali. “Isu dan Permasalahan Terkini Mahkamah Syariah. Dlm. Zulkifli Hasan (pnyt.) Amalan Kehakiman dan Guaman Syarii”. (2006). Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Ahmad, Mohd Nazri. “Konsep Kehakiman Dalam Islam”. Jurnal Usuluddin 14 (2001): 87-96. https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/4027.

Akta Jenayah Syariah (Wilayah-WilayahPersekutuan) 1997.

Akta Keterangan 1950 [Akta 56].

Akta Pentadbiran Undang- Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.

Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Alias, Mohamad Aniq Aiman. “ The Falsification Of Documents In Marriage Cases Under The Civil And Syariah Court In Malaysia: An Appraisal Analysis.” Disertasi Sarjana, Universiti Sains Islam Malysia, 2022.

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (Enakmen 1995).

Hasan, Zulkifli. “Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia: Setakat Manakah Pelaksanaannya?”. (2013). Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia.

Iki Putra bin Mubarak lwn Kerajaan Negeri Selangor [2021] 2 MLJ 323.

Md Supi, Siti Shamsiah. “Bidang Kuasa Mahkamah Syariah di Malaysia: Satu Pengenalan Ringkas”. Institut Kefahaman Islam Malaysia (2003). https://www.ikim.gov.my/index.php/2003/03/19/bidang-kuasa-mahkamah-syariah-di-malaysia-satu-pengenalan-ringkas/

Mohamed Adil, Mohamed Azam. “Bidangkuasa dan Kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia Pasca Alaf 20: Ke Arah Mana?”. Jurnal Syariah 8(2) (2000): 103-122.

Mohamed Adil, Mohamed Azam. “Mahkamah Syariah di Malaysia: Kemajuan dan Pencapaian”. Kertas kerja ini dibentangkan di Seminar on Islamic Law in Practice with Global Perspective, Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Disember 10, 2013.

Mohammad Hazim Shah, Mohammad Hariz Shah. 2021. “Penambahbaikan Undang-Undang Jenayah Syariah Dalam Menangani Isu Transgender Di Malaysia: Cabaran Dan Cadangan: The Enhancement of the Sharia Criminal Laws in Coping With Transgender Issue in Malaysia: Challenges and Proposals”. Sains Insani, 6(3) (2021). https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no3.356

Mohd Rapini, Azizah dan Md. Noor, Ruzman. “Prinsip Keadilan dalam Sistem Kehakiman Islam: Tumpuan Khusus terhadap Konsep Syahadah”. Journal of Fatwa Management and Research, 9 (2017): 129-161.

Muhammad Juzaili bin Mohd Khamis & Ors lwn State Government of Negeri Sembilan & Ors [2014] MLJU 1063.

Myriam lwn Ariff [1971] 1 MLJ 275.

Nafsiah lwn Abdul Majid (NO 2) [1969] 2 MLJ 175.

Nasri, Mohd Sabree. Akta 355 dan Perkembangan Bidang Kuasa Mahkamah Syariah dalam Perkara Jenayah di Malaysia”. Journal of Law & Governance, 1(1) (2018): 77-90.

Ramah binti Ta'at lwn Laton binti Malim Sutan 6 FMSLR (1927).

Shah Ruzan Hamdan lwn Ketua Pendakwa Syarie, Wilayah Persekutuan [2013] 1 CLJ (Sya).

Shaik Abdul Latif & Ors lwn shaik Elias Bux [1915] 1 FMSLR 204.

Sukma Darmawan Sasmitaat Madja lwn Ketua Pengarah Penjara Malaysia & Anor [1999] 4 MLJ 742.

Yaacbob, Abdul Monir. “Kehakiman Islam dan Mahkamah Syariah”. Cyberjaya: Universiti Islam Malaysia, (2015).

Yaacob, Abdul Monir. “Pelaksanaan Perundangan Islam di Malaysia: Satu Penilaian”. Jurnal Fiqh, 6 (2009): 1-20.

Published

31-12-2024

How to Cite

ANALISIS TERHADAP BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH DALAM KES-KES JENAYAH SYARIE DI MALAYSIA: ISU DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: Analysis of the Jurisdiction of Syariah Courts in Syariah Criminal Cases in Malaysia: Issues and Recommendations for Improvement. (2024). Journal of Fatwa and Falak Selangor, 1(2), 12-23. https://juffas.muftiselangor.gov.my/index.php/jurnal/article/view/15

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>